Belajar DIAM dari banyaknya BICARA, Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN, Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG, Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN, Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN, Belajar TAWAKAL dari UJIAN, Belajar REDHA dari satu KETENTUAN


Recent Posts

Friday, May 24, 2013

Blogging 101: Jangan Paksa Diri!

Posted by Farah Waheda Wahid at 2:05 PM 1 comments
Source Extracted from Google
Pusing kanan, pusing kiri... bangun, duduk, baring...jalan sana, jalan sini.... browse sana, browse sini... makan dulu, minum dulu.... on/off lappy/desktop.... idea x jugak mari2... Aduyaiii.... Arggggghhh.... Tekanan, tekanan...stressnya! Oh my oh my.... mati kutu! Apa yang nak di-blog-kan ni? Apa? Apa? haihhh... stress... oh idea ke marilah dikau! 
Thee hee hee.... have you ever encountered such situation? Lepas tu dah tak der idea, nak jugak paksa2 diri supaya mencurahkan idea. Tak kisahlah apa pun, at least something could be post over at your own blog... Akhirnya... diri sendiri yang rasa bebanan tekanan dan perasaan... ha...dah x pasal2... Chillex la peeps! X yah nak stress2 sangat dan x yah nak paksa2 diri sangat... 

Seorang penulis, x kira sama ada penulis alam realiti di atas kertas atau pun penulis maya... patut elakkan diri dari menulis dan jangan paksa diri untuk menulis sekiranya uols tidak mempunyai idea... if uols menulis juga mungkin banyak kesannya... sama ada yang kita sedar atau x sedar...even novelist pun bila idea stuck stop dulu, lepas tu ilham dah mari baru menulis kembali...ekekekeke.... 

Yuppie, menulis blog adalah satu tanggungjawab or dalam erti kata lain responsibility... sebab apa yang kita tulis dan apa yang kita kongsikan kalau orang lain menjadikan ia sebagai panduan maka tanggungjawab uols sebagai penyampai adalah besar. Jika salah ilmu yang diberi maka kesalahan itu akan berterusan sehingga pembetulan dibuat.... Terbaca artikel menarik di SINI and would love to share something with uols from what I've read as followings: 

Masa2 kita kekeringan idea dan buntu ada baiknya if kita berdiam diri dan melakukan sesuatu yang boleh buat kita happy daripada terus tertekan untuk menulis secara maya di blog. Memaksa diri untuk melakukan sesuatu pasti hasilnya juga bukanlah yang terbaik sebab setiap apa yang kita lakukan kalau dibuat dengan ikhlas pasti hasilnya boleh menyentuh perasaan dan juga memberikan kesan yang mendalam.

Irregardless blog uols berkisar pada personal, teknologi ataupun sebagainya kalau apa yang uols lakukan adalah kerana ikut-ikutan ianya tidak jauh bezanya daripada mereka yang hanya berblog kerana "orang lain ada blog, aku pun nak ada blog" tetapi hakikatnya buat blog sekadar menjadi ikutan,maka apa yang terkandung dalam blog pun akan menjurus kepada apa yang orang lain buat. 

Oleh itu, dalam nak menghasilkan satu entry dalam blog dan sebelum klik butang publish fikirkan dulu kesannya entry tersebut di-publish. Dengan cara itu ianya akan memberi impak yang besar kepada kita. Bukan senang untuk mencipta brand name dengan cara yang betul tapi senang untuk dapat trafik kalau gunakan cara yang kurang beretika dan perlukan masa serta kesabaran kalau nak dapatkan trafik tinggi dengan cara yang betul.

Tertarik dengan entry blog ariffshah mengenai Entri Klise Dalam Komuniti Blog Malaysia yang mana teguran yang dibuat boleh kita ambil sebagai renungan dan fikirkan bersama. Bukan semua orang sukakan teguran begini tetapi yang benar itu pasti pahit untuk ditelan bukan? Teringin untuk melihat komuniti blog Malaysia sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan. Biar satu hari nanti bila sebut sahaja blogger orang akan hormati dan pandangan baik dari kaca mata masyarakat Malaysia. 

Janganlah blogger di Malaysia digelar sebagai orang yang tidak bertamadun dan hina di mata masyarakat. Biarlah satu hari nanti blogger itu memberikan sesuatu kepada masyarakat. Kesimpulannya ialah setiap apa yang kita lakukan akan ada balasannya dan menjadi seorang blogger yang bertanggungjawab adalah satu etika yang harus kita pegang. Menulis sememangnya senang, menghentam pastinya teramat mudah, membuat tuduhan juga mudah tetapi bertanggungjawab pada apa yang kita tulis tu satu amanah yang perlu kita pikul.

Momentum seseorang blogger tu berbeza antara satu sama lain... ada blogger yang momentum mereka berada di skala kecil iaitu antara 1-3 entry sehari dan ada blogger yang momentum mereka di skala yang agak besar... 5-6 entry sehari... Saya? Ekekekeeke...momentum ikut angin... kalau terlebih rajin... banyaklah flood entry2 kat Bubblynotes...kalau letih, kekangan masa... jawabnya... slowww jer lah momentum-nya...ikut suka saya...wakakakaka... x suka nak stress2kan diri dan paksa diri ber-blog kalau idea x kunjung tiba... 

Blogging ni is one of interest and hobby. Something yang kita buat dengan rasa rela dan tiada rasa keterpaksaan. No idea? Beku? Kejong? Keras? Jangan paksa diri untuk up entry juga! Honestly, saya kalau x de idea...lmaoooo.... saya akan ambil masa sekejap untuk berehat dan there'll be no post on Bubbly until idea baru datang... If siapa yang memang selalu datang ke sini or stalk2 kat sini...ekekekeke... akan realize, there are times sama ada entry saya jadi slow... jadi pendek, ringkas or saya senyap buat beberapa moment selalunya on weekends... tu semua sebab saya x nak paksa diri... 

Bagi saya sendiri, x guna paksa2 diri untuk post sesuatu di blog kalau memang dah tak der idea dalam kotak pemikiran saya ni... Nak buat apa saya stress2 dan tambah tekanan pada diri saya sendiri ni yang dah sedia tertekan ni...muahahahahaha.... X bagus untuk kesihatan tu... *_^... Memaksa diri untuk post entry akan memberi satu beban dan jangan paksa diri kalau tiada apa2 yang berguna untuk dikatakan... 

"IF YOU DON'T HAVE ANYTHING NICE TO SAY, DON'T SAY ANYTHING AT ALL"

Thursday, May 23, 2013

Cikedees & Junk Food Zaman Saya...

Posted by Farah Waheda Wahid at 3:07 PM 28 comments
Masa kecik-kecik dulu saya suka sangat panggil junk food tu cikedees... Dan masa zaman2 tu cikedees yang saya suka makan atau beli adalah...

1) Mamee... Yang ni packing dolu-dolu... Sampai sekarang kowt jadik favorite saya... Yummy...

Source Extracted from Google
2) Double Decker... Especially Double Decker Udang...

Source Extracted from Google
3) Keropok Mimi... Satu bungkus kecik jer...10 sen...slaloo beli atas bas masa nak balik sekolah...

Source Extracted from Google
4) Choki Choki... Yummy chocolate ni memang best dah tu selalu la kekununnya cuba nak masuk pertandingan dengan gunting gambar2 tikus yang comel tu kat packaging dia... hu hu hu... tapi tak pernah hantar pun... hangat-hangat tahi ayam jer... 

Source Extracted from Google
5) Twisties - my favorite Twisties kari... ataupun twisties ayam... he he he...

Source Extracted from Google
6) Super Ring - Yesh... keropok ni kalau makan mesti hujung-hujung jari semua jadi oren... He he he... Keropok keju yang fofular masa zaman2 baru nak naik dulu...

Source Extracted from Google
6) Cheezels - lagi satu keropok keju yang best...makan keropok ni.... cam rasa melt in your mouth jer...

Source Extracted from Google

7) Cottage Wise Fries - paling besh skali perasa Tomato... he he he... tapi keropok ni gemuk jer lebih packing dia...isi dia sikit sangat...tak puas makan.. kalau beli satu kena beli dua... tak pun selalunya beli yang dalam packaging bentuk bekas bulat cam balang... tu puas sikit makan...

Source Extracted from Google
8) Pringles - Yummy... favorite kay masa kekecik dulu... sangat2 suke.... Yang ni kalau makan mesti tak sedar dah habis...

Source Extracted from Google
Rasanya ada lagi keropok or other junk food yang saya tak dapat nak recall...Yang pastinya..inilah yang selalu ada dalam list kalau pegi kedai atau supermarket... He he he... Kiranya cam hantu junk food jugak la saya ni... Even sampai sekarang pun masih lagi kowt... Hu hu hu... Cuma kurang jer sebab x der masa nak makan bersantai2... Ni dulu suka makan kalau study or baca buku cerita...

Si Cantik Tapi...

Posted by Farah Waheda Wahid at 1:12 PM 18 comments
Source Extracted from Google
It's hot! It's sexy! and it's a fashion statement! Not only uols tapi saya pun salah seorang di dalam category girls or female yang sememangnya xkan lari  dari memakai kasut2 high heels or stilettos or whatever you call it! (Now...buat masa sekarang forbidden dan berpantang dari heels and stilettos...ekekekeke). However, every single thing when it is too much it will bring us no good or complications...:P truth hurts, reality hurts, hurts is pain...but itulah yang sebenarnya kan?

From readings, hearings and all the media, issue ni agak lama jugak dah dibincangkan whereby pemakaian kasut tumit tinggi banyak membawa kepada elemen negative dalam kehidupan seseorang wanita... Uhuks... soalan yang sama untuk diri sendiri...sedar x kita, bila kita pakai heels, kita menambahkan ketidakstabilan kepada kaki kita? (Jawapan: ermm...depends la berapa inch kan? lols... kadang2 tu when it is too high rasa x stable gak, ekekekeke...especially kat surface yang x rata macam jalan batu kerikil ke? Tapi sometimes ok je...x de problem pun?) 

Apa negative impact pakai heels? Jom kita baca sama2:

1. Bila kita gunakan kasut tumit tinggi, pinggul miring ke depan dan menambah lengkungan kepada tulang belakang. Tulang belakang akan bertumpu ke belakang untuk memperbetulkan keseimbangan dan ini akan menyebabkan bahagian bawah punggung di-compress untuk dimampatkan.

2. Pemakaian kasut tumit tinggi secara berterusan akan menyebabkan risiko radang pada ibu jari kaki, kerosakan kepada tulang telapak kaki dan meningkatkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tubuh tertumpu pada jari2 kaki.

3. Postur yang dihasilkan ketika berjalan dengan kasut bertumit tinggi, menambah paksaan kepada bahagian belakang lutut, kawasan umum dari osteothritis di antara wanita.

4. Kasut bertumit tinggi mendorong tubuh ke depan, membuatkan pinggul dan tulang belakang tidak sejajar lagi (alignment la nih). Tubuh juga akan kelihatan melengkung.

5. Otot betis jadi lebih pendek dan tegang.

6. Tinggi tumit kasut dan bahagian depan kasut yang sempit dapat mengakibatkan penebalan jaringan saraf antara jari kaki ketiga dan keempat yang dapat menimbulkan rasa sakit dan mati rasa pada jari kaki.

7. Kaki akan mudah tercedera terutama bahagian buku lali.

8. Otot kaki bahagian bawah tidak akan bekerja secara maksima.

9. Peredaran darah tidak lancar dan terhambat di beberapa tempat.

10. Otot lebih mudah cedera dan berkumpul pada suatu tempat kerana aliran darah yang tidak lancar.

11. Badan cenderung untuk condong ke depan secara perlahan-lahan dan tulang punggung tidak akan tegak dan lurus.

12. Tekanan pada jari2 kaki lebih besar, sampaikan jari kaki boleh jadi bengkok dan bentuknya bukan seperti biasa.

13. Mampu mempengaruhi ketidaklancaran sistem urogenital iaitu sistem pencernaan atau pembuangan jadi x lancar, sulit untuk membuang air kecil mahupun besar.

14. Influence bentuk tulang dan tubuh.

15. Mempengaruhi kesuburan. (oh oh.... ooopsss)

Source extracted from Google
Ok agree yang heels ni memang dapat datangkan kesan pada tubuh badan female.... dan juga kesihatan female... tapi being a female, memang susah kot (especially saya...ekekekeke) nak elak untuk x pakai heels. Rasanya boleh lagi kot pakai just that according to readings, jangan ler senantiasa jer kat memanapun nak pakai heels jer.... situation ngan environment x sesuai pun nak pakai heels... aiyoo.... eh ada tau orang orang yang cenggitu... saya pernah jumpa... sebab in that particular article... ada dinasihatkan sebaiknya gunakan kasut bertumit tinggi tidak lebih dari 2 sehingga 4 jam sehari... hurm... so... pepandailah kita kan cam ne... :)

Lemari Dah X Muat!!!

Posted by Farah Waheda Wahid at 9:57 AM 27 comments
Pepagi dah bercerita tentang almari dan baju kan? Semalam cerita baju, hari ni cerita baju...wakakakaka.... #bosan... Habis tu dah macam mana, mood bercerita pasal baju pulak yang sampai dah 2 pagi ni....ekekekekeke.... 

Semalam, lepas iron baju (tetiba rajin pulak malam semalam nak iron baju kan? selalunya on weekends jer gosok sekali harung.... malam semalam tetiba pulak rasa cam nak gosok baju...muahahahaha... alang2 gosok tudung tu, gosok jer la sekali baju.... walaupun ironing is not my favorite thing to do.... ekekekekeke).... Sungguh, bagilah kemas rumah ke, hias rumah ke, masak ke, I'm the first person akan volunteer...tapi ironing... bluekkk.... selalunya buat dalam keterpaksaan... Ye lah, takkan nak keluar rumah dengan baju komot momot kan? dengan kelepet sana kelepet sini... Oh tidakkkkkk! Never ever... puhleaseee.... Kalau ye pun nak keluar rumah tanpa baju yang bergosok, biasanya akan pakai baju or tudung dari material yang x payah digosok.... ekekekekeek.... :P

Gosok punya gosok... erkss... baru realize yang dah siap semua...bila nak gantung...dah x der space nak gantung baju...Patutlah mama duk merungut...baju melambak sangat dan dia suruh kemas yang mana2 x nak pakai tu suh lipat dan masuk dalam kotak...Kalau x nak buat garage sales katanya... gi hantar kat rumah anak yatim...Adehhh.... Tu pun banyak dah didermakan pada cousin2.... Tapi biasalah...bila baju sendiri ni, honestly... akak agak kedek sikit nak bagi orang...muahahahaha... yolah den boli mahal2... takkan sonang2 yo nak bagi kan... (#kedek... tapi x der lah kedekut sangat...bila tiba tang pemurah tu... ambillah...ambillah...x kisah pun...lagi suka nak memberi)... Kedekut pun baju2 favorite jer...ekekekekeke... :P

Kisahnya, dok pening kepala tak tau kat mana nak gantung kan? Sudahnya.... tumpang lemari mama & papa... erkss...scary jugak bila dah wardrobe 4 pintu x muat ni...semua baju saya jer... betterhalf pun satu section ker... melampau betul (dalam hati sendiri)... Tu belum lagi tambah "new collection" tu... wakakakaka..... dengan "preggy collection" lagi nanti? Adehhhh.... Bila fikir2 balik, betullah cakap mama tu, sila lipat dan simpan dalam kotak yang mana2 x nak pakai... Sian almari tu...berat jadinya...sok sok karang...besi yang hold untuk gantung baju tu...elok2 tahan jadi melendut, last2 patah... kan x sia2 jer kena beli lemari baru.... hu hu hu.... 

*So, moral of the story (citer pasal lemari pun ada moral of the story...wakakakakaka, sengal)...siapa2 yang datang bermalam di rumah saya tu...I mean gurls...x perlu nak risau... banyak jer baju nak pakai...ekekekekeke.... 

**Macam short skirts...haruslah simpan kan? Tu semua dah tak pakai sekarang...ahaks... cuma pakai kat ghumah jer bila x keluar rumah... Macam dress tu boleh modified...(ahaks...akak kan creative... #ferasan).... Kalau sleveless tu biasalah dari dulu sampai sekarang kalau pakai sleeveless shirt memang pakai dengan cardigan pun... So masih boleh pakai... *_^

***Agak2 kalau buat garage sales ni banyak barang nak kena lego ni...ekekekekeke....

Wednesday, May 22, 2013

Nobody In Life Gets Exactly What They Want...

Posted by Farah Waheda Wahid at 5:07 PM 19 comments
Source Extracted from Google
7 billion people from all different parts of this world, and I don't think any one of them gets exactly what they thought they were going to get in life. We don't expect the obstacles and road bumps that we end up facing. We don't know which strangers we meet will become important to us. Mistakes we thought we would never commit will be the ones we end up learning the most from. Our dreams and paths will constantly change over time that it may seem like we are just walking aimlessly; lost in this inescapable maze. There's just no manual or direction life gives us to allow us to understand why things end up the way they do.

Nobody in life gets exactly what they want or expected to get. But most of us will learn, the unexpected could be just as amazing. Sometimes, we have to realize we didn't see things coming because it exceeded even our wildest imaginations. 

Cerita Cinta & Waktu...

Posted by Farah Waheda Wahid at 3:50 PM 13 comments
Source Extracted from Google
Cerita di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda2 abstrak.

Ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik. 

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba2 naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat2 berusaha untuk menyelamatkan diri.

Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu.

Ia berdiri di tepi pantai mencuba untuk mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki Cinta. Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu.

"Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!" teriak Cinta. "Aduh! Maaf, Cinta!" kata Kekayaan, "perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku x dapat membawamu sebab nanti perahu ini akan tenggelam. Lagi pula x ada tempat lagi bagimu di perahuku ini.". Lalu Kekayaan cepat2 mengayuh perahunya pergi.

Cinta sedih sekali, namun kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya. "Kegembiraan! Tolong aku!" teriak Cinta. Namun Kegembiraan terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tidak mendengar teriakan Cinta.

Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin panik. Tak lama lewatlah Kecantikan.

"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!" teriak Cinta. "Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku x boleh membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini, " sahut Kecantikan.

Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis teresak2. Saat itu lewatlah Kesedihan. "Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta. "Maaf, Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja," jawab Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.

Pada saat kritikal itulah tiba2 terdengar suara, "Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat2 Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah Cinta sedar bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu," kata orang itu. "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman2 yang mengenalku pun enggan menolongku," tanya Cinta hairan.

"Sebab," kata orang itu, "hanya Waktu-lah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari Cinta itu."
PUSH