Belajar DIAM dari banyaknya BICARA, Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN, Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG, Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN, Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN, Belajar TAWAKAL dari UJIAN, Belajar REDHA dari satu KETENTUAN


Recent Posts

Sunday, February 10, 2013

My Fave Singer #10: Anuar Zain

Posted by Farah Waheda Wahid at 11:28 AM
Source Extracted from Google
Thematic entry saya yang 1 ni kali ni terbang balik ke Malaysia pulak, lepas beberapa minggu sibuk update my fave singer/band across the nation and sea kan? Ye, salah sorang golden voice yang saya suka dan minat adalah x lain x bukan Pak Ngah Nuar... ^_^. All time fave... 

Sharul Anuar Zain a.k.a. Anuar Zain dilahirkan pada 15 Februari 1970 di Merlimau, Melaka. Masa kekecik fofular dengan lagu Kain Pelikat (ni yang paling famous la), Suasana Hari Raya (nyanyian bersama Elina) dan ada lagi satu tu saya serious x tau apa lagunya... ada bintang la, malam la liriknya, lagu tu best jugaklah bila dengar beberapa hari yang lepas kat Hot FM.

Anuar Zain adalah bekas pramugara di MAS dan model untuk Dockers. Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau ialah Penyanyi Baru Lelaki Terbaik AIM 1999, Penyanyi Lelaki Terbaik AIM 1999, Penyanyi Lelaki Solo/Berkumpulan APH 2002, Vokal Lelaki Pilihan Anugerah Era 2003, Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) AIM 2003, Lagu Terbaik (Keabadian Cinta) AIM 2003, Penyanyi Lelaki Popular ABP 2003, Penyanyi Lelaki Popular APM 2004, Penyanyi Lelaki Anugerah Media Hiburan 2003-2004, Artis Lelaki Kacak Anugerah Media Hiburan 2003 - 2004, Penyanyi Lelaki (Local) Ter-Hype! 2004 Anugerah Hype!, Artis Lelaki Popular APM 2005, Vokal Lelaki Pilihan Anugerah Era 2005, Artis Lelaki Terbaik APM 2008, Selebriti Lelaki Paling Bergaya Anugerah Stail Eh! 2008 dan.... erks... ada lagi ke? He he he... ai x sure... kalau x ada mungkin ada lagi kot akan datang? *_^ Wink wink

Lagu feveret? Isk isk isk...banyak sangat kalau nak senaraikan... semua lagu Pak Ngah Nuar ni feveret ai... Tapi lagu yang paling suka ada 2! 1 sebab my betterhalf nyanyi serta dedicate khas untuk saya iaitu Lelaki Ini dan yang 2 lagu sangat terkesan and tacing pada saya Ketulusan Hati...



16 Februari 2013 ni on the day after his birthday ada Konsert Anuar Zain 3 Dekat Muzik-Cinta dan Sanubari yang pada asalnya location di Bukit Jalil and now dah tukar ke Stadium Malawati Shah Alam disebabkan oleh masalah logistik... Dengar2 cerita semua tiket yang berharga RM 1,200 ke atas dah sold out... the first ticket category yang sold out dalam banyak2 harga tiket... ^_^. Alhamdulillah, rezeki Anuar Zain... Ada yang pergi x? 

6 comments on "My Fave Singer #10: Anuar Zain"

Hanida Moss on February 10, 2013 at 12:05 PM said...

dulu time muda belajar2, mmg sgt menggilai anuar zain. aihhh cair je time dedulu heheh :p

Sherlyanna Angiela on February 10, 2013 at 12:06 PM said...

Anuar Zain penyanyi feveret kak Farah ye

Mia Kassim on February 10, 2013 at 12:47 PM said...

Lagu dia ni memang buat pompuan cair.....hehe

nea lopah on February 10, 2013 at 12:48 PM said...

Akak minat Anuar Zain...tgk jerlah rumah akak pun lagu dia. hahahaha
selamat bercuti!

Mimi Azirah on February 10, 2013 at 12:54 PM said...

minat die nih

Nurfaezah Abdullah on February 10, 2013 at 3:52 PM said...

Anuar Zain blm kahwin lagi right?

http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

PUSH