Belajar DIAM dari banyaknya BICARA, Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN, Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG, Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN, Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN, Belajar TAWAKAL dari UJIAN, Belajar REDHA dari satu KETENTUAN


Recent Posts

Thursday, December 27, 2012

Sekadar Pengetahuan: Jenis2 Meroyanz

Posted by Farah Waheda Wahid at 9:09 AM
Source Extracted from Google
Uhukss...scary jer gambar kat atas nih kan? Tapi, dah jumpa Cik Google, gambar ni la yang paling sesuai kowt untuk entry nih...Huk huk huk. Tiada yang lain yang sesuai melainkan sesuai melainkan gambar ini.
 
Sajer jer browse thru, carik2 cerita nak citer kat uols and tambah pengetahuan sendiri, selalunya saya dengar jer orang cakap werds meroyanz nih dan sedari kecik sampai sekarang cam gambar yang kat atas nih lah orang gambarkan werds meroyanz nih. Jadi buat nak tambah pengetahuan sendiri dan juga berkongsi dengan uols...Inilah hasil research x seberapa saya dari SINI
 
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, penyakit meroyan atau merian hendaklah diberi perhatian kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup, sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Salah satu punca penyakit tersebut ialah darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya akan terjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.
 
Gila Meroyan
Sekiranya darah bantal tidak keluar dengan sempurna, bahagian sulit akan berbau busuk. Bau itu tidak dapat diatasi walaupown dicuci dengan apa cara sekalipown. Ini kerana darah busuk yang berbau seperti bangkai masih tertinggal dan melekat atau tersangkut seperti ketulan kecil atau besar di dalam lapisan tisu rahim (endometrium).
 
Keadaan tersebut mungkin menjadi punca pengeluaran haid yang tidak teratur atau tidak lawas. Bahkan, sekiranya berlarutan sepanjang tempoh pantang bersalin, darah busuk itu akan menjadi punca sakit kepala, kemurungan dan seterusnya membawa kepada sakit angin meroyan, angin kotor dari rahim atau disebut juga sebagai mother's blues. Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu.
 
Meroyan Api... (Dah macam street fighter plaks dah)
Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang, ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit2 dan lupa. Kemarahan adalah melampau, adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis)

Meroyan Api

Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang, ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit-jerit dan lupa. Kemarahan adalah melampau, adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis). - kesian baby tu, hu hu hu...takowtnya...

Meroyan Kentung (Kertung)
Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal.
 
Meroyan Urat
Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan".
 
Meroyan Lendir
Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.
 
Meroyan Tinggal
Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah. Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri.
 
Meroyan Bulu
Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi. Adakalanya, mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk.
 
Meroyan Kulit
Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru2 seperti kelakuan kera. Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit.
 
Kaedah Rawatan Penyakit Meroyan
Para ibu disyorkan mengamalkan perubatan herba dan rempah ratu khusus bagi rawatan semasa dalam pantang. Satu kajian yang dijalankan mendapati kandungan cekur dalam ubat herba bersalin mempunyai potensi untuk menghindari penyakit murung. Manakala satu kajian lagi tentang kunyit, mendapati herba tersebut mempunyai ciri antioksidan dan antibengkak. Secara tradisional halia, serai, jerangau dan rempah ratu diyakini mampu mengeluarkan sisa racun akibat pemakanan agar darah kembali bersih. Sesungguhnya gabungan bahan2 tersebut dapat membantu ibu-ibu mengelak daripada dihinggapi penyakit meroyan. Selain itu, ramuan ini dapat membantu membersihkan rahim daripada pengumpulan angin, lendir dan darah beracun daripada darah bantal yang tertinggal sekali gus dapat mempercepatkan pengecutan rahim, mengimbangi hormon, melegakan sakit urat saraf dan membantu melangsingkan badan.
 
Oooo...begitu, baru lah saya tau yang meroyan nih pown banyak jenis jugak... Selama kini, honestly memang x pernah nak tau kowt... ^_^.

9 comments on "Sekadar Pengetahuan: Jenis2 Meroyanz"

CikZaniff on December 27, 2012 at 10:44 AM said...

baru ku tahu meroyan banyak jenis..hurmmm

Cheq Kaq on December 27, 2012 at 10:47 AM said...

meroyan memang bole membuatkan seseorang tu jd gile sepanjang hayat..huhu..

miza yusof on December 27, 2012 at 2:32 PM said...

rupanya banyak juga jenis meroyan ni kan. kalau orang sebut meroyan je mesti mesti terbayang orang yang tengah pantang. tapi bila baca entry ni baru tahu macam-macam kategori meroyan.

najihahfara on December 27, 2012 at 2:38 PM said...

biasa sy tahu meroyan lepas bersalin. kalau hilang anak atau anak meninggal. huhu

hainom OKje on December 27, 2012 at 3:24 PM said...

Nasib OKje tak jadi meroyan masa beranak 3 x hari tu!!!hu..hu..

Farah Waheda Wahid on December 27, 2012 at 11:16 PM said...

@CikZaniff, @CheqKaq, @miza yusof, @najihahfara, @hainom OKje:

hu hu hu...

psst OKje...ye ker? share la cket citer pasal meroyanz tuh...scary jer dengar...

Hatimi Tahirruddin on December 27, 2012 at 11:37 PM said...

mak ai byk lah pulak jenis2 meroyan ni...

Farah Waheda Wahid on December 27, 2012 at 11:54 PM said...

@Hatimi:
baru jer tau kowt hari nih... ekekekeke...

Iha Zaliza on May 1, 2013 at 2:24 AM said...

fuhh iha baru tau ada banyak giler jenis meroyan.. ingatkan ada sejenis je..

PUSH