"Equal Rights, Equal Opportunities : Progress for All"

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
Happy Belated World's Women Day 2011! Hee terlambat cket...Al-maklumlah keje...x sempat nak update blog... Ni baru la ada kesempatan nak update...by the way... here something about World's Women Day for everyone...

Hari Wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini, semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria. 

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 Mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperikemanusiaan. 50 tahun kemudian, di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarikh ini sebagai hari sambutan wanita sedunia.  Kredit untuk  --> http://minnieajid.blogspot.com/2010/08/selamat-hari-wanita-sedunia.html

"Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All" tema Hari Wanita Sedunia 2011...

Kajian menunjukkan masih banyak lagi negara still mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita. 

Objektif

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang equal sama ada dalam bidang education, career ataupun decision making wise. Wanita struggle dengan career demi menyara keluarga dan diri, meanwhile at the same time, turut menjadi a mother or a wife at home.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Sometimes, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada responsibilities untuk membesarkan anak sepenuhnya. Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan. Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. 

Tuntutan Wanita

  • Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusukan anak.
  • Insentif kepada suri rumah sepenuh masa. Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
  • Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
  • Sistem kehakiman yang lebih 'mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19% kes penceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30% di mahkamah sivil.
  • Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut. Contohnya kes pembunuhan adik Nurun Jazlin dan kehilangan Sharlinie.
Majlis Perasmian Hari Wanita Sedunia 2011 diadakan pada 8 Mac 2011 jam 10.30 pagi di Auditorium Menara Maybank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur yang mana ianya dirasmikan oleh YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

No matter who you are, whereever you are, as long as you are a woman, Hari Wanita Sedunia is yours. Selamat Menyambut Ulangtahun ke-100  Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita tanpa mengira peringkat usia.  How nice, if on Hari Wanita Sedunia, wanita dilayan seistimewa mungkin, bangun daripada tidur dikejutkan mesra bersama sejambak bunga, sarapan pagi yang disediakan suami dan pendek kata, bestnyer kalau dilayan seperti permaisuri! Ekekekekeke....



Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !